Thursday, February 22, 2007

IPK,Ipoh Perak.



Antara hampir 100 orang pegawai kanan polis dari seluruh daerah di Perak yang hadir dalam ceramah Zabidi Mohamed.

IPK, Ipoh, Perak.



Ceramah Zabidi Mohamed di Ibu Pejabat Kontinjen Polis di Ipoh, Perak. Ketua Polis, Perak ketika itu, Datuk Sha'ari turut hadir dalam majlis tersebut. Juga semua OCPD dan Ketua Balai dari setiap daerah di Negeri Perak telah diwajibkan hadir dalam majlis tersebut.

PULAPOL Jalan Semarak, KL


Para pelatih terpaksa beratur untuk mendapatkan autograph dari Zabidi Mohamed. Selama hampir satu jam masa yang terpaksa diambil untuk sessi autograph tersebut.

PULAPOL Jalan Semarak, KL



Antara 1000 orang pelatih Konstable PULAPOL bersama para jurulatih mereka yang hadir dalam ceramah Zabidi Mohamed.

PULAPOL Jalan Semarak, Kuala lumpur.

Ceramah mengenai Arqam dan Maunah di Pulapol,KL. Sebagai seorang bekas Majistrate dan peguam, Zabidi Mohamed sentiasa mendapat kerjasama dari pihak Pulapol untuk memberi ceramah/taklimat mengenai bahaya 'Taksub' sambil mempromosi bukunya.

Maktab Pegawai kanan Polis, Cheras

Pegawai polis berebut untuk mendapatkan tandatangan Zabidi Mohamed pada buku mereka.

Maktab Pegawai kanan Polis, Cheras

Taklimat kepada hampir 50 orang pegawai kanan polis mengenai ketaksuban dalam Arqam/Rufaqa & Maunah. Adalah dianggarkan hampir 20%-30% pegawai polis yang berpangkat ASP dan DSP telah memiliki dan membaca buku Zabidi Mohamed.

promosi di SUK, Negeri Perak.

Ceramah ringkas dan promosi buku Maunah 'The Naked Truth' di SUK, Ipoh, Perak yang dihadiri hampir 600 kakitangan kerajaan dari seluruh Negeri Perak. Kelihatan dalam gambar antara kakitangan wanita yang hadir.

Bersama Mantan Menteri Indonesia


Bergambar dengan mantan Menteri Agama Indonesia era Suharto. Bersama beliau adalah anggota peringkat Lujnah dari Pertubuhan Muhammadiah dan Nahdatul Ulama. Antara mereka mengakui pernah membaca buku Arqam,Tersungkur Di Pintu Syurga yang mereka beli dan perolehi di Indonesia. Pertemuan diadakan di Hotel Pan Pacific, KLIA ketika menghadiri Multaqa Ulama anjuran JASA, Kementerian Penerangan Malaysia.

Bersama Mantan Menteri Indonesia

Bergambar dengan mantan Menteri Agama Indonesia era Suharto. Bersama beliau adalah anggota peringkat Lujnah dari Pertubuhan Muhammadiah dan Nahdatul Ulama. Antara mereka mengakui pernah membaca buku Arqam,Tersungkur Di Pintu Syurga yang mereka beli dan perolehi di Indonesia. Pertemuan diadakan di Hotel Pan Pacific, KLIA ketika menghadiri Multaqa Ulama anjuran JASA, Kementerian Penerangan Malaysia.

Moot Trial UIA



Buku Maunah, 'The naked Truth' telah dijadikan rujukan dalam pembikinan skrip untuk Moot Trial kes al Maunah. Ramai yang telah hadir menyaksikan moot trial ini yang dibuat dua malam berturut-turut.

aktiviti ceramah dan promosi



Bergambar dengan Student Kuliah Undang-Undang UIA ketika dijemput menonton 'Moot Trial' yang di pentaskan atas ilham dari buku Al Maunah 'The Naked Truth' sempena Konvokesyen UIA. Buku tulisan Zabidi Mohamed Arqam dan Maunah telah di nobatkan sebagai antara buku best-seller di kampus UIA pada April 2004. Sebanyak 452 naskah buku al Maunah telah terjual di Kuliyah Undang-undang UIA.

Wednesday, February 21, 2007

Buku yang sedang di tulis.

Ramai pembaca buku ARQAM TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA (The Untold Truth)dan MAUNAH (The Naked Truth) yang telah meminta saya menulis buku yang menyentuh isu terbaru mengenai Asaari dan Rufaqa yang sedang sibuk diperkatakan kini. Maka atas permintaaan itu dan demi tanggungjawab untuk menyelamatkan aqidah umat, maka saya kini sedang dalam proses menulis buku yang bakal menyentuh isu berkaitan. Namun buku ini masih belum mempunyai sebarang tajuk lagi. Proses penulisan sudah pun bermula sejak Dis 2006 lagi dan menurut jangkaan saya, insyaAllah buku tersebut akan mula diterbitkan pada awal atau pertengahan tahun 2008. Dalam masa yang sama sebenarnya, sebelum ini saya juga sedang dalam dalam proses menulis beberapa buah buku termasuk beberapa buah novel. Kemunculan kesemua buku tersebut di pasaran nanti akan dimaklumkan dalam blog ini. Doakan agar usaha saya ini diberkati dan dipermudahkan Allah.

BUKU BARU ZABIDI MOHAMED